Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 22) – Kamera Jadi Duit (Jom Jana Income Dengan Content Visual)

9 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Jun 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara menjana pendapatan melalui penghasilan dan penjualan kandungan visual seperti foto dan video di platform digital. Peserta diperkenalkan dengan konsep stock photography dan stock videography, iaitu menghasilkan gambar atau video sekali sahaja tetapi boleh dijual berulang kali kepada pelanggan di seluruh dunia sebagai sumber pendapatan pasif.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali